Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Perasmian Hari Alam Sekitar Negara 2016 Peringkat Negeri Kedah

Oleh jmn · 12/02/2017 · 0 paparan

Perasmian Hari Alam Sekitar Negara 2016 Peringkat Negeri Kedah TUJUAN dan LATARBELAKANG Program Hari Alam Sekitar Negara 2016 Peringkat Negeri Kedah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar kepada penduduk di negeri ini dan mengeratkan lagi hubungan antara agensi-agensi kerajaan dan swasta di negeri ini untuk sama-sama menitik beratkan aspek alam sekitar dalam tugas seharian. Ianya dirasmikan oleh YB. Dato’ Dr. Leong Yong Kong D.S.D.K., B.K.M (Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina,India Siam, Kesihatan dan Perpaduan) Tahun 2016 merupakan tahun sambutan yang ke-25 setelah Deklarasi Langkawi ditandatangan pada 21 Oktober 1989. Penganjuran Hari Alam Sekitar Malaysia telah diadakan setiap tahun yang dikelolakan oleh Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar menerusi Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Ianya diadakan di seluruh Malaysia oleh JAS Negeri masing-masing dengan melibatkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri dan agensi-agensi kerajaan. PENGISIAN PROGRAM SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2016 Seminar Memperkasa Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (18 Ogos 2016) Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) (Tanah Tinggi) di Gunung Jerai (27-29 Okt 2016) KeKAS Daerah Kota Setar (Sek. Keb. Simpang Tiga) (17-18 Nov 2016) Program Pemetaan Aerial Foto Stesen - Stesen Kualiti Air Marin di Pulau Payar (3-5 Nov 2016) KeKAS (Marin) di Pulau Payar, Kedah (3-5 Nov 2016) KeKAS (Marin) Sekolah - Sekolah di Langkawi, Kedah (3-5 Nov 2016)

Penganjur
DOE Kedah
Fail / Media (2)
  • 20231511153745804.jpg .jpg Buka
  • 20231511153746464.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS