Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2016 PERINGKAT NEGERI MELAKA-BAHAGIAN 3

Oleh norshahdila · 10/11/2016 · 0 paparan

Sempena tahun sambutan ke-25 pada tahun 2016, atas cetusan idea YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, maka pada tahun ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah bersetuju menjenamakan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) kepada Hari Alam Sekitar Negara, HASN (National Environmental Day). Penjenamaan ini adalah selaras dengan elemen pembaharuan dan transformasi dalam sambutan bagi meningkatkan rasa kecintaan kepada alam sekitar dan dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Lestari’ (Sustainable Nation) ke arah Wawasan 2020. Tema pada tahun ini adalah “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Sambutan HASN di Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Taman Bandaraya Bukit Serindit dan telah dihadiri lebih kurang 1000 pengunjung. Banyak akitiviti telah dijalankan sempena HASN 2016. Kerajaan Negeri, Jabatan Jabatan Kerajaan, GLC serta Rakan Rakan Strategik JAS Negeri Melaka telah memberikan sepenuh kerjasama di dalam menjayakan HASN 2016 Peringkat Negeri Melaka.

Penganjur
DOE Melaka
Fail / Media (2)
  • 20231511153735654.jpg .jpg Buka
  • 20231511153736074.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS