Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) – Zon Timur telah diadakan pada 17 hingga 22 Ogos 2014 meliputi negeri-negeri pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Jumlah peserta adalah lebih kurang seramai 60 orang yang terdiri daripada ahli-ahli RAS yang berdaftar, Rakan Strategik JAS seperti PROTON, Alam Flora, Agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, JAS Negeri dan juga termasuk JPAM.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah :
- Menjelajah ke Gua Keris, Gua Gelap dan Gua Pagar di Gua Musang, Kelantan
- Melawat Taman Lebah Kelulut, Kg Pualu, Kubang Kerian
- Menyaksikan persembahan wayang kulit bertemakan alam sekitar
- Mempromosikan keahlian Rakan Alam Sekitar di kawasan tumpuan awam seperti di Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Payang .
- Melawat kilang pembuatan batik di Kilang Batik Nordin, Kota Bharu.
- Melawat Institusi Pengajian Awam seperti Kolej Poly Tech Mara, Kota Bharu dan Kolej Komuniti Kuala Terengganu serta Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan.
- Melawat Pusat Pendidikan Alam Sekitar, Kerteh, Terengganu.
- Lawatan ke Muzium Pekan dan Muzium Sungai Lembing.
- Menyaksikan persembahan pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Terentang, Pekan Pahang.