Sambutan Utama JAS / Sambutan Tahun Alam Sekitar Asean / Asean Environment Year ( AEY)

Sambutan Tahun Alam Sekitar Asean /Asean Environment Year ( AEY), Environmental Awareness Through Eco- Schools, Pada 17-18 Julai 2012 , Di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.(Bahagian 3- Persembahan)

Oleh sakinahd · 13/06/2016 · 0 paparan

Sambutan Tahun Alam Sekitar Asean /Asean Environment Year ( AEY), telah diadakan Pada 17-18 Julai 2012 Di Royale Chulan Hotel,Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh Menteri-Menteri Alam Sekitar atau wakil dari Negara Anggota Asean serta dari Negara China, Jepun Dan Korea Selatan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tema bagi sambutan tahun alam sekitar ini adalah " Kesedaran Alam Sekitar Melalui Sekolah Lestari" dan memfokuskan kepada peranan pihak sekolah dalam meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Dalam sambutan ini juga, Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Peringkat ASEAN turut diadakan buat julung kalinya. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli Sekitar Kepada 20 buah sekolah lestari ( Kategori Sekolah Rendah & Menengah) dari seluruh rantau ASEAN bagi mengikiraf usaha-usaha mereka dalam memupuk kesedaran alam sekitar di kalangan pelajar dan masyarakat. Pemilihan sekolah-sekolah ini adalah berdasarkan kriteria kebangsaan dan Garis Panduan untuk Program Sekolah Lestari ASEAN yang telah disahkan oleh Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN pada tahun 2011.Pemenang menerima Kristal Labu Sayung dan Sijil Pengiktirafan yang ditandatangani oleh YB Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar. Semasa sambutan ini, delegasi-delegasi ASEAN telah dibawa untuk melawat terowong SMART , Taman Eko Rimba ukit Nanas dan SJK (C) Tsun Jin, yang merupakan salah satu daripada Penerima Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS).

Penganjur
DOE WP Putrajaya
Fail / Media (2)
  • 20231511153642404.jpg .jpg Buka
  • 20231511153642524.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS