Penerangan
Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) Peringkat Zon Utara telah diadakan dari 26 April hingga 29 April 2014. Program ini diadakan bersempena dengan Hari Bumi yang disambut pada 22 April 2014.`Lawatan ke Tapak Arkeologi Kedah Tua di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah adalah program yang telah di adakan. Peserta dikongsikan ilmu dan pendedahan mengenai sejarah dan hasil kerja arkeologi di Sungai Batu, Merbok. Antara yang dipelajari menerusi aktiviti ini adalah penemuan tapak industri dan teknologi melebur besi yang dibangunkan oleh masyarakat tamadun awal Kedah Tua.
Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) Zon Utara seterusnya adalah mengunjungi Stesen Penyelidikan Mata Ayer, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) atau dikenali sebagai SPF Mata Ayer di Perlis untuk aktiviti berjalan di titian kanopi (Canopy Walk). Titian ini telah siap dibina pada tahun 2011 bagi tujuan penyelidikan flora dan fauna, menjalankan penyelidikan dan pengumpulan maklumat berkenaan pokok jati serta mempromosi eko-pelancongan. Titian kanopi ini mempunyai ketinggian 17 meter dengan jarak 100 meter bagi setiap titian.