Sambutan Utama JAS / Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM)

Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2012

Oleh faruzza · 06/06/2016 · 0 paparan

Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Alam Sekitar yang disambut untuk menyemai dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia. Sambutan MASM ke-21 telah diadakan pada 21 Oktober 2012 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan bertemakan “Terima Kasih Di Atas Sumbangan Anda”.  Tema ini adalah bertujuan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha memulihara alam sekitar. MASM 2012 telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Douglas Unggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.  Pada tahun ini, beberapa program telah diadakan seperti Larian “Enviro-Run” dan Pertandingan Mari Memancing.  Kedua-dua program ini telah berjaya menarik lebih daripada 5500 orang peserta.  Pelbagai hadiah-hadiah menarik ditawarkan bagi menggalakkan penyertaan orang awam ke pertandingan ini. Bagi menyemai amalan mesra alam di kalangan belia, acara “Senamrobik” turut diadakan.  Seramai 4000 peserta, terdiri daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam &amp; Swasta telah menyertai acara ini. Selain daripada program-program tersebut, terdapat pelbagai program lagi yang telah diadakan bagi memeriahkan sambutan MASM 2012 seperti Peraduan Mewarna Bagi Kanak-Kanak, Pameran/Jualan Produk Mesra Alam, Kuiz Jutawan Alam Sekitar, Program Pengumpulan Barangan Kitar Semula, Pemeriksaan Kenderaan (Perlepasan Gas Enjin Petrol dan <em>Refrigerent Inspection</em>) dan Persembahan “Pertandingan Raja Band’ Kuala Lumpur 2012”

Penganjur
DOE WP Putrajaya
Fail / Media (2)
  • 20231511153636064.jpg .jpg Buka
  • 20231511153636344.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS