Penerangan
THE 14th MEETING OF THE MALAYSIA-SINGAPORE JOINT COMMITTEE ON THE ENVIRONMENT WORKING GROUP (MSJCE WG)
Pada : 18-20 Mei 2016
Tempat : The Everly, Putrajaya
Masa : 8.00 Pagi
Deligasi Malaysia : 40 Orang
Deligasi Singapura : 30 Orang
Urusetia : 11 Orang
Pengerusi Bersama:
Malaysia - Dato' Ahmad Kamarulnajuib Bin Che Ibrahim
Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia
Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS)
Singapura - Mr Ronnie Tay
Chief Executive Officer
National Environment Agency (NEA)
Objektif Mesyuarat:
Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura Mengenai Alam Sekitar Kali Ke-14 (MSJCE WG) adalah program tahunan peringkat tinggi bertujuan untuk membincangkan isu-isu alam sekitar bersama yang menyentuh kepentingan kedua-dua buah negara. MSJCE WG dianjurkan secara bergilir sekali setiap tahun di antara Malaysia dan Singapura.
Sebelum program peringkat Menteri bermula, pegawai kanan kedua-dua buah negara akan berbincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura Mengenai Alam Sekitar (MSJCE) bagi memurnikan isu-isu yang akan dibentangkan untuk pertimbangan Menteri. Mesyuarat MSJCE WG dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia (JAS) dan Ketua Pegawai Eksekutif National Environment Agency (NEA). Selaras dengan sistem penggiliran yang dipersetujui bersama, Mesyuarat MSJCE WG kali ke-14 tahun 2016 akan diadakan di Malaysia.