Oleh sakinahd · 19/05/2016 · 0 paparan
<strong>Program Enviro Hiking di Bukit Broga, Semenyih</strong> Diadakan pada 19 Mac 2016 bertempat di Bukit Broga , Semeyih. Bermula pada jam 7 pagi sehingga jam 11 pagi.Disertai oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli RAS dan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang ketua kumpulan. Ini bagi memudahkan penganjur untuk mengawal kesemua peserta. Program di promosikan melalui facebook Rakan Alam Sekitar, Portal DOE dan juga Portal RAS. Progam santai dan tidak formal dan digerakkan melalui tenaga kerja sukarela. Tiada sebarang kos ditanggung oleh Jabatan, Cuma mendapat sedikit sumbangan makanan dan minuman dari ahli-ahli.Setiap peserta perlu mengutip sampah yang terdapat di sepanjang laluan pendakian dan membersihkan contengan pada papan tanda yang terdapat disitu. Disamping itu, peserta juga perlu mengambil gambar selfie dan menghantar ke facebook dengan<em> hashtag</em> #rakanalamsekitar dan #pickitup.Hadiah diberikan oleh penganjur bagi kategori peserta terbaik, kumpulan terbaik dan gambar selfie terbaik bagi lelaki dan perempuan.Sijil penyertaan diberikan kepada semua peserta dan sijil penghargaan diberikan kepada setiap ketua kumpulan.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup