PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM)

Minggu Alam Sekitar Malaysia 2013

DOE WP Putrajaya 29/03/2016 2 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Minggu Alam Sekitar Malaysia 2013
Tahun
2013
Tarikh Keluaran
29/03/2016
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

MINGGU Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 21 hingga 27 Oktober 2013. Sempena sambutan itu, turut diadakan adalah pelancaran Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) peringkat Kebangsaan dan Pelancaran Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS). Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri G.Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar diiringi YB Dato' Sri Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Dato’ Halimah Hassan. Pelbagai acara serta aktiviti menarik disediakan sepanjang sambutan ini berlangsung. Minggu Alam Sekitar Malaysia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan orang awam. Tema sambutan MASM adalah berbeza mengikut tahun dan pada tahun 2013 tema yang dipilih ialah 'Perkongsian Pintar Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar' (Smart Partnership Towards Sustainable Enviroment)