Oleh sakinahd · 11/07/2015 · 3 paparan
Pada 1 November 2014, Di Tasik DarulAman, Jitra, Kedah - Ekoran komitmen tinggi dalam menjayakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan penjagaan alam sekitar, syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) berjaya memenangi sebuah anugerah berprestij – Anugerah Langkawi 2014. Anugerah yang diadakan sempena Minggu Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar itu telah ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Tasik DarulAman, Jitra. Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, Anugerah Langkawi ini adalah khusus untuk semua orang-orang Malakoff yang telah menunjukkan kesungguhan dengan melibatkan diri secara aktif terhadap segala program yang dianjurkan berkaitan alam sekitar. “Terima kasih kepada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang menghargai pengorbanan dan kesungguhan pihak Malakoff dalam program CSR dan kepentingan menjaga alam sekitar. “Kita akan terus melaksanakan program CSR ini tanpa membilang hari, bulan dan tahun. Saya percaya dengan komitmen jitu dan semangat kesukarelaan yang tinggi di kalangan pekerja Malakoff mampu menyumbang kepada usaha CSR kami,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Utusan Malaysia. Yang turut hadir dalam majlis penyampaian anugerah itu ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. James Dawos Mamit; Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Halimah Hassan; Naib Presiden Kanan Pengurusan dan Operasi Malakoff, Nordin Kasim; Pengurus Kanan Malakoff, Md. Yuha Ismail dan Ketua Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Luar Malakof, Yusop Rashid. Sebelum ini, inisiatif CSR Malakof turut diberi penghormatan dan penghargaan oleh agensi-agensi ke¬rajaan dan organisasi swasta antaranya Anugerah Perdana Menteri CSR 2010, Anugerah Penyayang Johor 2011 dan Anugerah Keusahawanan Bertanggungjawab Asia. Malakoff juga turut menjayakan beberapa program melibatkan alam sekitar antaranya Program Penanaman Paya Bakau, Program Pemulihan Batu Karang, Projek Kesedaran Penyu dan turut menerbitkan sebuah buku bertajuk Endau Rompin Revisited.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup