Penerangan
LAPORAN RINGKAS SIASATAN PT DI KPG. NUKAHAN LONGLAT: 5.4523100, 115.6215400 KAWASAN TANAH GAMBUT ??????????
?? TARIKH ADUAN DITERIMA: 1.09.2023
?? PENGADU: En. Leo (GEC - Global Environmental Centre)
?? TARIKH PEMANTAUAN/LAWATAN : 02.09.2023 (Sabtu)
?? MASA : 8.30 am - 12.00 pm
????? ANGGOTA : PPKK JJ, PPK WANA, PPK ANUAR & PJ MH
????? WAKIL PENGADU : Tiada.
Ringkasan Laporan:-
1?? Komitmen JAS terhadap Uji Cuba & Latih Amal SOP Cegah PT Tanah Gambut Beaufort untuk membuat siasatan setiap kebakaran yg diadu di kawasan Tanah gambut
2?? Pemerhatian dijalankan di seluruh kawasan terbakar dengan menggunakan aplikasi JTU.WMA.Pro dan menerbangkan drone. Selain itu mengambil gambar-gambar persekitaran serta menjejak kawasan untuk menyiasat punca api.
3?? Terdapat 3 buah rumah kampung dan sebuah bangunan burung walit tanpa penghuni. Di mana rumah pertama tidak berpenghuni dan pintu berkunci, rumah kedua dalam pembinaan terdapat 3 orang pekerja tempatan dan rumah ketiga berpenghuni En. Adnan.
4?? Melalui pemeriksaan JTU.WMA.Pro didapati kawasan terbakar merangkumi 2 lot iaitu lot pertama seluas 12.24 ekar manakala lot kedua seluas 1.115 hektar. Kawasan terjejas dianggarkan: Lot pertama 50% dan Lot kedua 100%.
Hasil Pemeriksaan
• Pasukan Penyiasat gagal menemukan sebarang punca api bermula tetapi berdasar gambaran dan klip video dibekalkan bertarikh 1.09.2023, arah angin bergerak dari arah bahu jalan berhadapan rumah pertama.
• Pasukan Penyiasat mendapati keadaan arah api merebak ke kawasan Lot kedua sehingga ke sempadan ladang sawit yang dipisahkan oleh sistem peparitan pengairan.
• Maklumat diperolehi daripada seorang penghuni rumah ketiga iaitu En. Adnan mendakwa berkemungkinan disebabkan oleh pemburu haram tetapi dakwaan ini kurang berasas kerana beliau gagal memperincikannya. Manakala pekerja tempatan di rumah kedua tidak berada di tempat itu semasa kejadian dan mereka juga melahirkan kerisauan kebakaran itu.
Tindakan JAS :
1?? Menyantuni penghuni-penghuni rumah di persekitaran kawasan berkenaan, memberi penerangan Larangan PT di Tanah Gambut, serahan risalah PT dan nasihat.
2?? Syor pemantauan dengan menjalankan lawatan susulan kawasan berkenaan dari semasa ke semasa khususnya ke atas pemilik rumah pertama dan kedua iaitu Cikgu Azizah selaku pemilik tanah kawasan berkenaan.
3??Rondaan darat. Tiada PT ditemui.
Cuaca: Panas.
Sekian, dimaklumkan.