Penerangan
22 Julai 2023, Kuala Lumpur – JASWPKL telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama JSPT PDRM bermula jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi bertempat di Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.
Operasi ini melibatkan seramai tujuh (7) orang pegawai dari JASWPKL. Penguatkuasaan yang dijalankan oleh JASWPKL adalah khusus kepada penguatkuasaan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974.
Dalam operasi ini, JASWPKL telah menjalankan sebanyak 250 ujian visual. Dari jumlah tersebut, sebanyak lima (5) buah kenderaan telah diuji dengan menggunakan meter bunyi bising dan lima (5) Notis Arahan di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising) 1987 dan Seksyen 48A, AKAS, 1974 telah dikeluarkan.