Penerangan
12 Sept 2023 - Satu pertemuan diadakan di Bilik Mesyuarat Inovasi, Wisma Perbadanan Labuan Bersama Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan bersama pemain industri, Innatech Waste management (Labuan) Sdn Bhd, Seahorse Offshore Sdn Bhd, SLOP Engineering Sdn Bhd, Safe & Clean Oil Recycle Sdn Bhd serta Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd yang membincangkan tentang pengurusan sisa buangan e-waste isi rumah yang dikumpul melalui aktiviti kemasyarakatan yang diadakan. Mesyuarat mendapat persetujuan pemain industri ini yang dengan rela hati menawarkan khidmat pengangkutan keluar secara Corporate Social Responsibilities dari WP Labuan kepada Pusat Pemerolehan/Pelupusan yang dilesenkan. Sebuah rancangan Memorandum of Understanding juga akan dilakukan antara Perbadanan Labuan dengan Pemain Industri dan Jabatan Alam Sekitar dengan Pemain Industri. Penjadualan juga telah dilakukan dan diterima baik oleh semua pihak di mana mereka akan mengutip untuk pelupusan atau pemerolehan kembali setiap 3 bulan manakala 1 aktiviti kemasyarakatan akan dilakukan dalam tempoh tersebut. Syabas dan tahniah atas inisiatif terpuji yang diambil oleh Perbadanan Labuan melalui Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Pemain Industri yang cakna dan prihatin tentang isu pembuangan E-Waste dalam negeri tercinta ini.
ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Sekian.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan