PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

CERAMAH PROGRAM CAKNA E-WASTE OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DI SK MERLIMAU 2, MELAKA

DOE Melaka 15/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
CERAMAH PROGRAM CAKNA E-WASTE OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA DI SK MERLIMAU 2, MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
15/09/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

14 September 2023, MELAKA - Program Cakna E-waste telah dianjurkan pada 5 September 2023 (Selasa lepas) oleh SK Merlimau 2, Melaka. Ceramah kesedaran bertajuk Program Cakna E-waste telah disampaikan oleh Puan Hazereen binti Mohammad, Ketua Bahagian Pembangunan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka. Ceramah yang disampaikan kepada murid-murid darjah 4 hingga 6 ini merupakan satu bentuk pendedahan pengenalan e-waste dan kepentingan pengurusannya dijalankan secara lestari. Pendedahan semenjak di bangku sekolah lagi diharapkan akan memberikan kesedaran pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Jabatan menyokong sebarang program atau aktiviti yang mendorong ke arah kelestarian alam sekitar khususnya di Negeri Melaka. Selanjutnya diseru sekolah-sekolah khusunya di Negeri Melaka bersama-sama menyokong seterusnya menganjurkan program Cakna E-Waste di sekolah masing-masing. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan