Penerangan
14 September 2023, MELAKA - Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menyertai operasi bersepadu yang diadakan bertempat di Jalan Bemban – Jasin yang turut melibatkan Jabatan Pengakutan Jalan Negeri Melaka, Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka.
Operasi kali ini memfokuskan penguatkuasaan di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Maklumat operasi dan tindakan diambil adalah seperti berikut :-
Ujian visual - 58 buah kenderaan
Ujian meter - 6 buah kenderaan
Notis Arahan - 3 Arahan
Kompaun - 1 Kesalahan
Perintah Larangan – 1
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasnegerimelaka