Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PERBINCANGAN DENGAN PREMIS PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PPUKM) BERKAITAN PENGGUNAAN SISTEM ELECTRONIC SCHEDULED WASTE INFORMATION SYSTEM (eSWIS)
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 15/09/2023
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
- Lokasi
- JAS WPKL
Penerangan
08 September 2023, Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(JASWPKL) telah menerima kunjungan oleh sembilan orang wakil premis yang terlibat dalam pengurusan buangan terjadual dan membincangkan aspek pengurusan buangan terjadual di PPUKM.
Pihak premis telah diberi penerangan dan tunjukajar mengenai penggunaan sistem e-SWIS secara Hands-On yang betul bagi memastikan pengurusan buangan terjadual di premis tersebut mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 2005 pada sepanjang masa.