Penerangan
WP KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2023- JASWPKL bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan Ops Bunyi Bising di IPD Putrajaya .
Dalam operasi ini 10 buah motosikal telah diperiksa. Daripada pemeriksaan tersebut 10 kompaun & 10 Notis Arahan telah dikeluarkan. Seramai enam (6) anggota dari JASWPKL terlibat dalam operasi ini.
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengubahsuai ekzos motosikal dengan mengeluarkan bunyi bising melebihi 95 dBA mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.