Penerangan
2 September 2023 (Sabtu) - JAS Pulau Pinang telah menyertai program "Alamku, Tanah Airku" anjuran Pertubuhan Nur Salam Wilayah Utara yang diadakan di Tropical Spice Garden, Pulau Pinang.
Program ini turut disertai oleh wakil dari Jabatan Taman Negara Pulau Pinang, Pejabat Wakil Tentera Laut (PWTL) Pulau Pinang dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam.
Kawasan yang menempatkan lebih kurang 500 spesis flora & fauna yang eksotik ini diserikan dengan kibaran jalur gemilang oleh para peserta. Selain berpeluang menghayati keindahan alam semulajadi, para peserta diberi pendedahan dan informasi tentang spesis tumbuhan herba, rempah ratus dan pelbagai spesis tumbuhan tropika yang unik dan jarang ditemui.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat kecintaan kepada negara melalui sikap menghargai dan bersama dalam memelihara khazanah alam semulajadi yang tidak ternilai harganya. Semakin manusia mengenal alam, semakin manusia mengenal kebesaran penciptaNya.