Penerangan
Pada 08.09.2023 (Jumaat), JAS WP Labuan telah menawarkan kompaun ke atas empat (4) premis yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996. Jumlah kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM 8000.00
Empat (4) tawaran kompaun ini dikeluarkan bagi melepaskan asap melebihi had ketumpatan yang dibenarkan iaitu 50% di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel), 1996
Penguatkuasaan dan pemeriksaan oleh Unit Kenderaan Bermotor di Wilayah Persekutuan Labuan akan terus dilaksanakan untuk memastikan kelestarian alam sekeliling.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan