Penerangan
Tarikh: 6 September 2023
Masa: 9 pagi- 4.30 ptg
Lokasi: SK Lubok Temiang
Penglibatan: Warga SK Lubok Temiang dan Jabatan Pendidikan Labuan
Kehadiran JAS: PPK MMA dan MySTEP NAA
Program Young Stemist Expo merupakan satu program kementerian pendidikan malaysia berkaitan dengan Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik ringkasnya STEM. Antara tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan murid terhadap STEM dan menarik minat murid terhadap STEM. Sekolah yang dipilih adalab sekolah yang mempunyai bilangan golongan B40 yang teramai yang merupakan kriteria utama bagi program ini.
Ringkasnya antara lain untuk memberi peluang murid golongan B40 menyertai aktiviti STEM peringkat kebangsaan.
Jemputan ke atas Jabatan Alam Sekitar adalah
untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar disamping kemajuan dalam STEM yang ingin dicapai. Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak sekolah SK Lubok Temiang atas usaha untuk menerapkan kepentingan kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah.
Terima Kasih.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan