Penerangan
6 September 2023, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan perhimpunan bulanan di Bilik Mesyuarat Kesidang, JAS Selangor pada hari ini. Perhimpunan dimulakan dengan ucapan amanat dan kata peransang daripada Puan Nor Aziah binti Jaafar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah menyampaikan amanat dan kata peransang kepada semua pegawai semasa majlis berkenaan. Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan sesi penyerahan lencana untuk Pilot Dron bertauliah JAS Selangor kepada lima (5) orang Pegawai.
Perhimpunan seterusnya disemarakkan dengan kibaran Jalur Gemilang dikalangan kakitangan JAS Selangor dalam usaha menyemai semangat kemerdekaan dan kecintaan kepada negara.
Perhimpunan bulanan diakhiri dengan ucapan daripada pegawai yang akan bertukar iaitu Tuan Hassan bin Tuan Abdullah yang akan ke JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Puan Hashimah Hussain ke JAS Ibu Pejabat. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada kedua -dua pegawai ini. Terima kasih di atas segala jasa bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan di JAS Selangor.