PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PERINTAH BERHENTI KERJA KE ATAS PROJEK EIA

DOE Pahang 07/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERINTAH BERHENTI KERJA KE ATAS PROJEK EIA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/09/2023
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang>Kuantan

Penerangan

KUANTAN, 4 September 2023 - Pembangunan bagi penambakan laut dan pengorekkan pasir adalah tertakluk di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan merupakan aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kepada Alam Sekeliling) 2015. Unit Penguatkuasaan EIA JAS Negeri Pahang telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas projek menambak dan mengorek pasir atas kesalahan ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat kelulusan EIA dimana pihak pemaju telah dikenakan Perintah Berhenti Kerja di bawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2012. JAS mengingatkan kepada semua penggerak projek agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Peraturan-peraturan dibawahnya serta memastikan apa jua bentuk pencemaran tidak berlaku.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan