Penerangan
GENTING HIGHLANDS, 6 Ogos 2023 - Susulan aduan yang diterima daripada orang awam mengenai aktiviti pembakaran terbuka sampah di kawasan sebuah apartment di Genting Permai, Pasukan Ronda JAS Cawangan Temerloh telah menjalankan siasatan aduan di lokasi yang diadu.
Pemeriksaan di lokasi menemui sisa-sisa pembakaran terbuka. Banner larangan pembakaran telah digantung di kawasan tersebut sebagai amaran kepada pelaku untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama.
Melakukan pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Sek. 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pelaku boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000.00 atau dikenakan denda maksimum RM 500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.
Pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan melalui rondaan Ops Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT).