Penerangan
CAMERON HIGHLANDS, 3 Ogos 2023 - Satu lawatan tapak projek EIA telah dijalankan oleh JAS Cameron Highlands bersama Bahagian Penilaian Ibu Pejabat JAS, Putrajaya.
Turut hadir Penggerak Projek dan Perunding untuk memberi input alam sekitar pada cadangan pembangunan projek ini.
Lawatan tapak ini adalah bertujuan bagi membantu Jabatan melihat lebih jelas keadaan sedia ada tapak cadangan projek dan aktiviti-aktiviti persekitarannya.