PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA (EIATRC) bagi Tetuan Fortune Property Holdings Sdn. Bhd.

DOE Melaka 07/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL EIA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA (EIATRC) bagi Tetuan Fortune Property Holdings Sdn. Bhd.
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/09/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

6 September 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA pada 5 September 2023 berkaitan Laporan EIA bertajuk ‘Cadangan Pembangunan Bercampur di atas Lot PT 10304 (Lot Baru 12439), Lot 12440, Lot 12441, Lot 12442 dan Lot 12443 (Lot Baru 21014), Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah, Hang Tuah Jaya, Melaka yang disediakan oleh Fortune Property Holdings Sdn. Bhd. Ahli mesyuarat meliputi Penggerak Projek, Perunding serta Jabatan dan Agensi berkepentingan. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka iaitu Tuan Rosli bin Mustafa. Hasil kajian EIA yang dijalankan oleh pemohon mendapati aktiviti ini adalah tertakluk kepada Jadual Pertama Perintah Kualiti alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu: Aktiviti 13. Pembangunan di Kawasan Cerun Pembangunan atau pembersihan tanah yang meliputi kawasan yang kurang daripada 50 peratus kawasan cerun yang berkecerunan melebihi atau sama dengan 25 darjah tetapi kurang dari 35 darjah Aktiviti 16. Perumahan Pembangunan perumahan yang meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan