30 Ogos 2023, Kuala Lumpur - JASWPKL telah melaksanakan Ops Gempur Siri 7/2023 pada 22 dan 24 Ogos 2023 ke atas 16 premis bengkel kenderaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Operasi ini melibatkan 25 orang pegawai penguatkuasa Jabatan ini yang dibahagikan kepada 8 pasukan.
Objektif operasi ini adalah untuk memastikan pihak pengendali bengkel kenderaan sentiasa mematuhi kehendak perundangan alam sekitar. Selain itu, ianya juga menunjukkan keseriusan Jabatan dalam membanteras dan mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana pihak yang melanggar perundangan mengenai alam sekitar.
Hasil Operasi tersebut, 9 premis didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan penguatkuasaan telah diambil melibatkan 12 Arahan Lapangan (Field Citation), 9 Notis Arahan dan 1 kompaun.
JASWPKL akan sentiasa komited dalam menjalankan pemantauan bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap AKAS, 1974. Orang ramai diseru juga untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan pencemaran alam sekitar melalui tiga (3) saluran berikut iaitu :
1. Talian Bebas Tol 1-800-88-2727;
2. E-mel ke
[email protected] ; dan
3. Portal Aduan https://
[email protected]