PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat|Pengurusan JAS

AUDIT PEMATUHAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994.

DOE WP Kuala Lumpur 07/09/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
AUDIT PEMATUHAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994.
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
07/09/2023
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur
Lokasi
JAS WPKL

Penerangan

04 September 2023, Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menerima kehadiran Pn. Nur Liyana binti Mohd Fuad dan Pn. Noratikah binti Abdul Malek daripada Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menjalankan pengauditan ke atas sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di jabatan ini. Kerja-kerja pengauditan ini adalah selaras dengan akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994. Majlis pembukaan dan penutup telah dihadiri oleh Pn. Zuraini binti Ahmad Tajudin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan barisan Jawatankuasa JKKP JASWPKL. Pengauditan ini adalah kesinambungan dari pengauditan yang telah dilakukan sebelum ini. JASWPKL berharap melalui pengauditan yang dijalankan ini dapat menambaik sistem pengurusan keselamatan kesihatan pekerjaan di jabatan ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan