PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

LATIHAN TINDAKBALAS TUMPAHAN MINYAK

DOE Pulau Pinang 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LATIHAN TINDAKBALAS TUMPAHAN MINYAK
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Pulau Pinang
Lokasi
Pulau Pinang

Penerangan

30 Ogos 2023 (rabu), Satu latihan tindak balas tumpahan minyak anjuran Gamuda Engineering Sdn. Bhd. telah diadakan di Pantai Teluk Kumbar di sini hari ini. Latihan ini turut disertai Pejabat Daerah & Tanah Barat Daya, Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Utara), Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Polis Diraja Malaysia Pulau Pinang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang, Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang dan nelayan - nelayan di kawasan ini. Program ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah Jabatan Komunikasi & Pengurusan Pihak Berkepentingan, En Azmi bin Mohamad dan disusuli dengan taklimat latihan oleh Jabatan Laut Malaysia Pulau Pinang. Latihan dimulakan dengan persediaan tapak & pengezonan, dekontaminasi dan pengurusan sisa serta sesi amali pemasangan absorbent boom, beach boom, storage tank dan skimmer telah dijalankan pada sesi latihan kali ini. Latihan tindak balas tumpahan minyak ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran keadaan di tapak, meningkatkan kecekapan dan pemahaman pengendalian peralatan yang sesuai. Setinggi penghargaan kepada pihak penganjur dan semua agensi serta pihak nelayan yang terlibat dalam sesi latihan tindak balas tumpahan minyak kali ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan