Penerangan
29 Ogos 2023 (Selasa), Objektif utama sesi libat urus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan komunikasi dan keupayaan sumber tenaga manusia, kelengkapan dan logistik dalam pelaksanaan pelan tindakan pembersihan pantai bagi memastikan tumpahan minyak di pantai dapat di tangani dan dibersihkan secara sistematik dan berkesan, menyelaras kerja-kerja pembersihan pantai serta mempertingkatkan kemampuan bertindak, serta meminimumkan kesan-kesan buruk terhadap ekologi, ekonomi dan sosial penduduk pesisiran pantai. Sesi libat urus ini juga menekankan elemen penyelamatan hidupan liar di darat dan di marin berdasarkan Pelan Tindakan Hidupan Liar Yang Dicemari Minyak Malaysia Atau Malaysia Oiled Wildlife Response Plan (MOWREP).