Penerangan
17 Ogos 2023, Port Dickson - JAS Negeri Sembilan telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Rakan Strategik dan Pengamal Media bagi Program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) bertempat di D'Wharf Hotel Residence. Program CEPA adalah penting bagi meningkatkan kesedaran orang tentang kepentingan menjaga alam sekitar
Sebanyak 17 entiti yang terdiri daripada sektor swasta dan badan korporat telah bersetuju untuk menjadi rakan strategik dengan JAS Negeri Sembilan bagi mecapai matlamat tersebut. Kesemua rakan startegik ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memastikan ketelusan dan menjamin integriti dalam pelaksanaan program berkaitan pemuliharaan, pendidikan dan kesedaran alam sekitar. Ianya juga menunjukkan komitmen semua pihak bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030) dan mengarus perdanakan elemen persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pengurusan sesebuah organisasi.
Pengamal media juga dijemput pada sesi libat urus tersebut kerana pihak media merupakan perantara terpenting dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej kepada masyarakat. Penyampaian maklumat dan mesej yang tepat oleh pihak media berupaya untuk membentuk sikap, persepsi dan tanggapan masyarakat.
“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama