Penerangan
17 Ogos 2023, Port Dickson - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah mengadakan sesi libat urus bersama agensi berkepentingan bagi mencegah dan menangani masalah pembakaran terbuka peringkat Negeri Sembilan. Agensi yang terlibat adalah Jabatan Perkhidmatan Bomba, Jabatan Meteorologi Negeri Sembilan dan wakil-wakil Felda. Sesi libat urus ini telah diadakan di DWharf Hotel & Serviced Residence, Port Dickson.
Sesi libat urus ini telah dirasmikan oleh Tn. Hamzah bin Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan. Objektif utama sesi libat urus ini adalah untuk menjalin kerjasama dan meningkatkan kefahaman agensi-agensi kerajaan bagi mencegah dan menangani masalah pembakaran terbuka.
JAS Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama