PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR DI KLANG SELATAN

DOE Selangor 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR DI KLANG SELATAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Selangor
Lokasi
Selangor

Penerangan

TARIKH: 13 Ogos 2023 MASA: 16.00 Ptg KLANG SELATAN - Pasukan rondaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor meneruskan rondaan pencemaran bergerak dari Northports, Pelabuhan Klang ke Kawasan Rondaan di kawasan industri di sekitar Kawasan Klang Selatan. Hasil pemantauan didapati banyak premis tidak beroperasi, kecuali syarikat dan kilang yang besar, namun pemantauan yang berterusan mesti dilakukan untuk mengelakkan kejadian pencemaran yang berskala besar mungkin akan berlaku. Hasil pemeriksaan di longkang awam dan kawasan sekitar luar premis tidak mendapati berlakunya pencemaran air mahupun pelepasan asap hitam yang melampau dikesan. Tiada sebarang bau busuk atau bau bahan kimia yang melampau dan boleh mengganggu orang awam di kawasan premis yang dipantau hari ini dan juga tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan di sepanjang rondaan hari ini.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan