Penerangan
TARIKH : 19 Ogos 2023 (SABTU)
MASA : 11.00am – 7.00pm
LOKASI: kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah & Kampung Perepat
KLANG - Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor kali ini membabitkan dua bahagian iaitu Rondaan pemantauan pencemaran udara dan pencemaran air.
Pasukan Rondaan memasuki kawasan kampung Perepat dan dan mendapati terdapat dua spot pembakaran terbuka (PT) yang dilakukan oleh penduduk kampong. Pembakaran terbuka hanya melibatkan pembukaan kebun untuk pertanian Tebu. Pasukan mendapati terdapat satu longgokkan yang terbakar. Pasukan telah menggunakan budi bicara bagi PT yang dilakukan dipadam segera bagi mengelakkan asap dan jerubu. Pasukan juga telah meletakkan papan tanda amaran PT di beberapa tempat strategik di kampung berkenaan.
Rondaan di kawasan perindustrian Sungai Kapar indah pula mendapati tiada sebarang pencemaran dikesan. Lawatan diteruskan ke Jeti nelayan di kg Perepat bagi memantau pencemaran air ,hasil pemantauan kesemua sungai dan jajarannya juga dalam keadaan terkawal dan fizikal sungai dalam keadaan bersih termasuk bahagian dasarnya.