Penerangan
23 OGOS 2023 – Penguatkuasaan dan Pemeriksaan ke atas premis yang menghasilkan efluen dari aktiviti memproses kain batik telah dijalankan oleh pasukan penguatkuasa JASWPKL.
Objektifnya adalah bagi memastikan pematuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974.
Tindakan perundangan khususnya di bawah Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan – Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 boleh dikenakan ke atas premis yang tidak mematuhi AKAS, 1974.
Pemeriksaan ke seluruh premis telah dijalankan. Maklumat rekod dan dokumen premis seperti OER dan eSWIS telah disemak bagi memastikan pematuhan terhadap AKAS, 1974.