Penerangan
Tarikh Pemeriksaan : 23/8/2023 (Rabu)
Masa Pemeriksaan: 10.00am - 1.30pm
CHERAS - Siasatan dari aduan whatsapp telah diterima pada 22/8/2023 jam 4.30 ptg dari agensi Skuad Pantas Lembaga Air Selangor. Arahan dikeluarkan oleh KC bagi pasukan menjalankan siasatan keatas aduan yang diterima. Persampelan monitoring dan “Finger Print” dijalankan dalam siasatan. Hasil pemeriksaan mendapati premis memiliki ulasan PAT bagi aktiviti premix plant pada mula pengoperasian 2012 dari JAS dan akan tamat pada 31 Ogos 2023.
Siasatan ke atas punca pencemaran tidak dapat dipastikan. Terdapat calvert didalam tanah di tengah kawasan premis. Disyaki terdapat aliran longkang bawah tanah dari kawasan loji atau bengkel kenderaan berat didalam premis bagi tujuan aliran hujan.
Makluman dari premis ialah masih dalam proses siasatan dalaman bagi mengenalpasti punca kehadiran sisa minyak tersebut.
Pemeriksaan ke atas pengurusan buangan terjadual SW312 (buangan minyak bercampur air dari bengkel baikpulih atau oil trap), premis gagal mengemukakan pemberitahuan penghasilan buangan terjadual kepada Ketua Pengarah dan tiada rekod pelupusan ke PYDT. Premis meninggikan bun di aliran longkang dalam premis ke alur air bagi menghalang perlepasan sisa minyak ke alur air. Premis dalam kerja pembersihan tompokan minyak dan akan melantik kontaktor pelupusan.“absorbent roll” dan “solvent pad” ditempatkan di alur air bagi menyerap minyak. Sisa Minyak yang dikumpul akan ditempatkan didalam tangki 10,000L sementara dilupuskan ke PYDT. Notis dilapangan dikeluarkan bagi premis mematuhi AKAS 1974 dgn menjalankan tindakan serta merta.