Penerangan
Tarikh Pemeriksaan: SELASA, 29 OGOS 2023
Masa Pemeriksaan: Jam10.00 am - 11.30 am
29 Ogos 2023, Kajang- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah melakukan pemeriksaan susulan terhadap premis bagi verfikasi kerja-kerja pembersihan. Semasa siasatan, paip yang disyaki punca kepada kebocoran saluran paip minyak bawah tanah telah dikeluarkan dan valve utama telah ditutup. Premis memaklumkan akan memasang paip yang baru di atas permukaan (Over head) supaya lebih mudah dikendali. Premis telah membersihkan oil trap dan juga lencongan bagi air di permukaan ke laluan yang baru. Keadaan air didapati tiada kesan minyak. Kawasan saluran inlet culvert telah dikambus dengan pasir, manakala saluran outlet culvert telah dipasang kain canvas serta telah dibina benteng di kawasan sekitar.
Hasil pemerhatian terhadap keadaan air di outlet juga mendapati tiada lagi kesan minyak.