PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Pengurusan JAS

SEMBAH MENGADAP KE ATAS DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN

Iman 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMBAH MENGADAP KE ATAS DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA DIHILIR PERAK DARUL RIDZUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

10 OGOS 2023, IPOH – Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBhg. Dato’ Ts. Dr Hj Mohammad Ezanni bin Mat Salleh telah melaksanakan sembah mengadap ke atas Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah pada pagi ini. Dalam sesi sembah mengadap itu, beliau menyembah maklum berhubung soal pembangunan kelestarian alam sekitar di negeri Perak. Di samping itu, perbincangan yang berlangsung menyentuh isu-isu semasa alam sekitar khusus di negeri Perak melewati pelbagai perspektif yang merangkumi aspek teoritikal dan juga praktikal. Hal ini termasuklah aspek penjagaan yang meliputi strategi kawalan proaktif pemuliharaan dan pemeliharaan terhadap alam sekitar. Tambahan lagi, sesi sembah mengadap tersebut juga bertujuan bagi menjalinkan ukhwah yang utuh dalam usaha menjadikan negeri Perak sebagai sebuah negeri yang lestari dan mampan dalam pembangunan demi kesejahteraan hidup rakyat pada masa kini dan generasi akan datang. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak juga turut mempersembahkan cenderahati kenangan kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan