Penerangan
19 OGOS 2023, BATU GAJAH - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput untuk menyertai Program Kempen Kelestarian Kesihatan Persekitaran Di Bawah Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Fasa 1 Tahun 2023 di Taman Awam Changkat, Batu Gajah.
Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak penganjur seperti plogging, penanaman poko, pertandingan peragaan fesyen dengan barangan 3R bertemakan hari kebangsaan, pertandingan reka cipta replika monumen bersejarah dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dengan barangan 3R bertemakan hari kebangsaan, pertandingan timbang bola takraw, pertandingan street soccer dan banyak lagi.
Setinggi penghargaan kepada MDBG atas jemputan juga usaha jalinan kerjasama yang dicetuskan. JAS Perak sentiasa menyokong usaha yang digarapkan oleh semua pihak termasuk pihak GLC mahupun swasta dalam meningkatkan kesedaran berkaitan kelestarian alam sekitar. Semoga usaha seperti ini sentiasa diteruskan pada masa akan datang oleh semua pihak.