Penerangan
PROGRAM KUTIPAN E-WASTE DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
13 JULAI 2023, IPOH – Program kutipan e-waste sentiasa berlangsung dan bergiat aktif di negeri Perak. Bagi bulan Julai 2023, banyak lokasi di negeri ini yang telah terlibat dengan program ini antaranya ialah Rapat Setia, Pasir Pinji, Seri Manjung, PKD Kinta dan Seri Manjung. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat dan penduduk sekitar.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat khususnya di negeri Perak tentang kepentingan pelupusan E-Waste yang betul sebagai satu usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar di samping memupuk semangat cintakan alam sekitar dan kepentingan mengitar semula barangan terpakai dan hebahan kepada setiap lapisan masyarakat berkenaan kepentingan pelupusan e-waste.
Tahniah diucapkan kepada masyarakat negeri Perak atas usaha dan sokongan bagi menjayakan program ini dan melupuskan ewaste dengan cara yang betul. "E-waste dikitar, bumi terpelihara".
Jom hantar e-waste ke tempat pengumpulan yang berdaftar. Layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my/ atau muat turun aplikasi 'MyEwaste' untuk mengetahui tempat pengumpulan yang terdekat.