Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Bengkel Dan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Buangan Terjadual dan Bahan Berbahaya 2023
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 31/08/2023
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
- Lokasi
- Putrajaya>Ibu Pejabat
Penerangan
Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat telah mengadakan satu bengkel dan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Buangan Terjadual dan Bahan Berbahaya 2023 pada 14-16 Ogos 2023 bertempat di Lexis Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Objektif Bengkel ini adalah untuk membincangkan polisi dan arahan terkini berkaitan pengurusan buangan terjadual. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar (Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia) dan turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Norhazni binti Mat Sari (Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Malaysia), YBrs. Tn. TS. Azlan bin Ahmad (Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya) serta pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri.