Penerangan
TARIKH: 27 OGOS 2023
MASA: 7.30 - 930 PAGI
Tempat: KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
Kehadiran JAS: PPK MS, JA AS, MySTEP NAA
27 OGOS 2023- Program One Hour Labuan Clean up ini merupakan inisiatif Jabatan Kesihatan Labuan dalam membanteras nyamuk aedes yang telah mengakibatkan peningkatan demam denggi di kalangan masyarakat Labuan. Program ini telah mendapat sambutan daripada 16 lokaliti yang turut serta dalam menjalankan aktiviti gotong-royong selama satu jam ini.
Oleh yang demikian, Jabatan Alam Sekitar telah menyokong program ini dengan mengadakan pameran Alam Sekitar dan 15 ahli RAS telah berdaftar sebagai Rakan Alam Sekitar yang melibatkan pelajar kolej dan agensi kerajaan yang hadir pada hari kejadian.
Jabatan Kesihatan Labuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat dan mengharapkan sokongan akan berlanjutan sepanjang program One Hour Clean Up iaitu pada minggu kedua setiap bulan.
Terima Kasih.
#JASMalaysia
#JASWPLabuan