Penerangan
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU KE PEJABAT PENGARAH PENDAKWAAN NEGERI
KUALA TERENGGANU, 8 OGOS 2023 – Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, YBrs Encik Ramli bin Abd. Rahman telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Pendakwaan Negeri Terengganu hari ini, Selasa.
Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu YM Engku Ahmad Rashdi bin Engku Abdillah telah menyambut kunjungan tersebut.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama di antara agensi dan saling berkongsi pandangan berkenaan isu-isu pendakwaan untuk tambahbaik proses pendakwaan pada masa akan datang serta perbincangan kes-kes aduan alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hadir sama semasa kunjungan tersebut Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah, Encik Mohd Norli bin Abdullah, Penolong pengarah Kanan, Encik Mohd Ridhuwan bin Ramli dan Penolong Pengawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis Yusof.
JAS Terengganu mengucapkan terima kasih di atas sambutan yang diberikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Terengganu.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama