Penerangan
CERAMAH JAS TERENGGANU SEMPENA PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR ANJURAN CHINA COMMUNICATIONS CONSTRUCTION (ECRL) SDN. BHD. SECTION 4 DUNGUN
KUALA TERENGGANU, 2 OGOS 2023- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah memenuhi jemputan menyampaikan ceramah kesedaran alam sekitar sempena Program Kesedaran Alam Sekitar di tapak projek China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. Kawasan Peridustrian Batu 7, Dungun Terengganu hari ini, Rabu.
Program anjuran China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. ini khusus untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan pemerkasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi meningkatkan kesedaran seluruh kakitangan mereka tentang kepentingan menjagA alam sekitar.
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Tertinggi , JAS Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah telah hadir bagi menyampaikan ceramah tersebut.
JAS Terengganu mengucapkan setinggi penghargaan kepada pengurusan tertinggi China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd.serta seluruh kakitangan dan kontraktor yang terlibat dalam menyokong dan memberi kerjasama untuk mambantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan misinya “Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama