PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PENGLIBATAN JAS TERENGGANU PADA PROGRAM BEACH CLEAN UP PANTAI BATU BUROK ANJURAN HSEBP-GRID TNB

DOE Terengganu 27/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGLIBATAN JAS TERENGGANU PADA PROGRAM BEACH CLEAN UP PANTAI BATU BUROK ANJURAN HSEBP-GRID TNB
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
27/08/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

PENGLIBATAN JAS TERENGGANU PADA PROGRAM BEACH CLEAN UP PANTAI BATU BUROK ANJURAN HSEBP-GRID TNB   KUALA TERENGGANU, 15 Ogos 2023- Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman telah memenuhi jemputan Health, Safety & Environment Business Partner- Grid TNB hadir pada Program Beach Clean Up di Pantai Batu Burok Kuala Terengganu.   Pada program ini, YBrs. Ir. Hj. Mohamad Mohyddin bin Mohamed Nor , Pengurus Besar Negeri (State Stakeholder Affair),Regulatory & Stakeholder Management Division, Tenaga Nasioana Berhad bersama-sama Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu  dan anggota kerja yang terlibat telah menyertai Program Beach Clean Up ini.   Pada ucapan penutup oleh Tuan Pengarah JAS Terengganu, beliau menyeru agar semua yang hadir pada program ini untuk teruskan usaha sebegini dan beliau percaya sokongan berterusan dan kerjasama sebeginii dalam usaha melestarikan alam sekitar adalah pendekatan yang amat baik dan harus diteruskan   JAS Terengganu merakamkan setinggi penghargaan atas komitmen penganjuran program ini kepada pengurusan tertinggi Health, Safety & Environment Business Partner- Grid TNB serta semua yang terlibat kerana telah bersama-sama membersihkan kawasan Pantai Batu Burok. Ianya suatu sumbangan yang berharga dalam melestarikan alam sekitar khususnya di negeri ini.   #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan