Penerangan
11 Ogos 2023 (Jumaat), satu sesi lawatan sambil belajar telah diadakan ke premis pemerolehan kembali penuh Dragon Alliance Sdn Bhd yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Lawatan yang disertai oleh lima orang pelajar latihan industri ini telah diiringi dan diberikan taklimat berkenaan pengoperasian premis tersebut oleh Pengurus Projek Dragon Alliance, Ms. Jasmin Khaw dan juga Jurutera Proses, Cik Mahaini. Objektif lawatan tersebut adalah untuk membawa para pelajar latihan industri melihat dengan lebih dekat serta memahami bagaimana kaedah proses pemerolehan kembali dijalankan. Semoga aktiviti ini dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka berkenaan proses pemerolehan kembali dan kepentingannya di dalam memulihara alam sekitar.