PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

LAWATAN KERJA JABATAN ALAM SEKITAR KE MAKMAL CHEMSAIN KONSULTANT DI BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM

DOE WP Putrajaya 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAWATAN KERJA JABATAN ALAM SEKITAR KE MAKMAL CHEMSAIN KONSULTANT DI BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/08/2023
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar telah mengadakan lawatan kerja ke Makmal Chemsain Konsultant i Bukit Jelutong, Shah Alam pada 7 Mac 2023. Sesi lawatan kerja ini telah diketuai oleh YBrs. Dr Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) , Encik Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin (BAM) dan pegawai-pegawai dari Bahagian Air dan Marin serta Seksyen Kawal Selia. Lawatan tersebut juga turut disertai oleh para penyelidik dan pegawai daripada Pusat Pencerapan Bumi, Universiti Kebangsaan Malaysia serta pegawai-pegawai dari Jabatan Kimia Malaysia Petaling Jaya. Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari kaedah analisis logam berat bagi sampel air laut (ambien) dengan menggunakan peralatan Inductively Coupled Plasma-Mass Spectrometry (ICP-MS). Lawatan tersebut juga telah disambut oleh Dr. Rani Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Pakar Scieno Transwater Sdn. Bhd. dan Dr. John Chan Sung Tong, Pengarah Syarikat Chemsain Konsultant Sdn. Bhd.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan