Penerangan
25 Ogos 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan Operasi Gempur ke atas sebuah premis pengolahan buangan terjadual di Kawasan Perindustrian Jasin, Melaka pada 22 Ogos 2023. Hasil siasatan mendapati pihak premis belum beroperasi kerana masih menunggu kelulusan CCC daripada Pihak Berkuasa Tempatan.. Premis yang disiasat adalah merupakan Premis Pemerolehan Kembali Buangan Terjadual) adalah tertakluk premis yang ditetapkan (PYDT) adalah ditakrifkan sebagai premis yang dilesenkan sebagaimana ditetapkan di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pihak premis diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama