Penerangan
EARTH OBSERVATION SATELITE DATA TRAINING" DI BAWAH KAJIAN PENYEDIAAN PENILAIAN DAN PENYEDIAAN PELAN PENGURUSAN BAGI PULAU MABUL DAN PULAU POM-POM, SEMPORNA, SABAH
??? Tarikh: 18 Ogos 2023 (Jumaat)
?? Masa: 8.30 Pagi - 11.30 pagi
?? Tempat: Hotel No.5, Penampang
?? Anjuran: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah & DHI Malaysia
??????????? Kehadiran JAS Sabah: PJ RLSK
?? Ringkasan Laporan Bengkel:
?? Pihak JPAS melalui perunding yang dilantik iaitu syarikat DHI Water & Environment (M) Sdn. Bhd. sedang menjalankan Kajian Penyediaan Penilaian dan Penyediaan Pelan Pengurusan bagi Pulau Mabul dan Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah bagi tempoh lapan belas (18) bulan bermula 8 September 2022.
?? Bengkel/taklimat ini diadakan adalah bagi memperkenalkan penggunaan imej satelit dalam tugas-tugas penilaian dan penyediaan pelan pengurusan pembangunan.
?? Imej-imej satelit antara lainnya boleh memberikan data perubahan bentuk daratan khususnya pulau-pulau dalam kajian ini melalui data-data imej terdahulu dan digunakan dalam membuat kajian/penilaian bagi pelaksanaan pembangunan (punca imej satelit berbayar sahaja)
?? Melalui imej satelit juga memudahkan bagi membuat pemetaan guna tanah dan kawasan habitat marin (pengesahan di lapangan juga perlu dilakukan untuk aktiviti in).
?? Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai lebih 30 orang peserta dari pelbagai agensi dan NGO seperti KEPKAS, Pej. Daerah Semporna, Taman2 Sabah, Reef Check Malaysia & WWF.