Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Program CEPA: Kesedaran Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Komuniti dan pemimpin kampung di Kampung Kesapang, Kota Belud
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 31/08/2023
- Organisasi
- DOE Sabah
- Lokasi
- Sabah>KOTA KINABALU
Penerangan
Program CEPA: Kesedaran Larangan Pembakaran Terbuka Bersama Komuniti dan pemimpin kampung di Kampung Kesapang, Kota Belud
Tarikh : 19 Ogos 2023 (Sabtu)
Masa : 7.30 am - 1.00 pm
Tempat : Kg. Kesapang, KB
Program CEPA ini telah dihadiri lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada komuniti kampung dan Ketua Kampung di Kg. Kesapang dan Kg. Batu 6, Kota Belud serta agensi kerajaan yang dijemput dan urusetia program. Para peserta adalah penanam sawah padi yang aktif.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program adalah seperti berikut:-
1. Taklimat Perundangan Pembakaran Terbuka di bawah AKAS1974 oleh JAS.
2. Taklimat Penanam padi di Kota Belud yang disampaikan oleh Pegawai Pertanian Daerah Kota Belud.
3. Taklimat Jadual Pengurusan Padi oleh BERNAS.
4. Taklimat pengurusan jerami padi oleh IADA.
5. Demo pembuatan lilin.