Penerangan
SESI LIBAT URUS PINDAAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (FASA I & FASA II) DARI PERSPEKTIF PENDAKWAAN KES JENAYAH DI BAWAH AKAS 1974
???: 14 – 17 Ogos 2023
??: 8.30 am - 10.00 pm
??: Hotel IBIS, Melaka
Pengerusi Bersama :
(i) YBhg. Dato’ Wan Andul Latif Wan Jaffar (Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia)
(ii) Tn. Hj. Shafe’ee bin Yasin (Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat)
(iii) Tn. Rosli Bin Mustafa (Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka)
Turut dihadiri:
(iv) Pn. Siti Noorbaya Jamil (Peguam Kanan Persekutuan NRECC)
(v) Pn. Nurliyana Binti R. Azmi (Pegawai Undang-Undang JAS)
Wakil JAS Sabah:
(i) PP(K) MJJ
(ii) PP(K) NN
Perkara- Perkara Untuk Dimaklumkan:
1?? Sesi libat urus ini adalah melibatkan sejumlah 23 orang pegawai pendakwa Jabatan Alam Sekitar dari seluruh Malaysia.
2?? Libat urus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pasukan pendakwaan JAS yang berperanan penting dalam membendung jenayah alam sekitar di Malaysia.
3?? Bahagian Penguatkuasa JAS bekerjasama dengan Unit Undang-Undang JAS dalam memastikan Latihan dan pendedahan berterusan dalam usaha memantap dan meningkatkan kemahiran pegawai pendakwa JAS.
4?? Semasa sesi libat urus dijalankan, peserta telah didedahkan kepada cadangan Pindaan AKAS 1974 (Fasa II dan Fasa II) yang mana pindaan Fasa I melibatkan pindaan kepada penalti dan kompaun manakal Fasa II melibatkan emerging cases dan pindaan keseluruhan.
5?? Peserta libat urus juga diingatkan untuk memastikan integiriti Jabatan dijaga dalam memastikan tiada kebocoran maklumat semasa tindakan pendakwaan dijalankan.
6?? Pihak urusetia juga memaklumkan cadangan untuk menyediakan dokumentasi seragam seperti rakaman percakapan.
7?? Unit Undang-Undang JAS juga memaklumkan Rang Undang-Undang ini akan dibahaskan semula di sesi Parlimen pada Oktober 2023.